Abdul Hamid Yeop Zainuddin.

KUALA LUMPUR – Parti Barisan Nasional (BN) ditunjangi UMNO telah kalah jatuh tersungkur dalam PRU-14 lalu.

Bagaimanapun ia sebenarnya masih ‘popular’ kepada sebahagian besar hati rakyat.

Itu hasil analisis yang dilakukan oleh NGO Skuad Pemantau dan penganalisis bebas yang juga pakar matematik gunaan, Abdul Hamid Yeop Zainudin.

Hasil kajian mendapati bahawa UMNO memperoleh undi popular bagi kedua-dua kerusi DUN dan parlimen pada PRU-14.

BN kalah dari segi kerusi yang menyebabkan Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan baharu.

Bagi kerusi parlimen di seluruh negara, undi yang dimenangi atau diperoleh oleh semua calon BN ialah 6,934,329 undi berbanding 6,845,882 diperolehi PH (termasuk WARISAN) dengan BN mendahului 88,447 undi.

Bagi kerusi DUN pula, BN memperoleh 5,929,418 undi berbanding 5,834,957 undi diperoleh PH – juga mendahului dengan 94,461 undi.

“Sudah tentulah PH memenangi undi bagi calon-calon yang mereka menang. Bagi kerusi parlimen calon PH yang menang 124 kerusi memperoleh 4,832,442 undi mengalahkan BN yang mendapat 1,421,539 undi dengan 76 kerusi mendahului 3,410,903 undi.

“Bagi kerusi DUN pula, PH yang memenangi 244 kerusi memperolehi 3,758,078 undi mengalahkan BN yang hanya memenangi 167 kerusi dengan 1,203,074 undi, dengan majoriti PH 2,555,004 undi.

“Jika digabungkan kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen, UMNO BN memperoleh 12,863,737 undi mengalahkan PH yang mendapat 12,680,839 undi,” kata Abdul Hamid baru-baru ini.

Menurutnya, BN mendahului dengan majoriti 182,907 undi dan situasi ini mengulang pencapaian Pakatan Rakyat pada PRU-13 dimana memperoleh undi popular 6,784,671 undi mengalahkan BN yang mendapat 5,591,808 undi dengan majoriti 1,192,863 undi.

Bagaimanapun ketika itu PR kalah dari segi bilangan kerusi Parlimen, yang menyaksikan UMNO BN terus kekal memegang kuasa.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mana satu analisa yang betul? Tak mungkin BN boleh kalah kalau dapat undi majoriti.

    (MMO) – The Barisan Nasional (BN) coalition has hit a record-low in its electoral performances by winning only just over one-third of the votes when it lost power for the first time ever in history, calculations show.

    Based on the Malay Mail team’s tally and calculations of the GE14 results, BN’s vote share of the 11,642,437 valid votes nationwide for parliamentary seats is only 36.42 per cent or just over 4.24 million votes.

    Out of the 11.6 million votes, GE14 victor Pakatan Harapan (PH) garnered 47.33 per cent or over 5.51 million votes. Besides trouncing BN in the popular vote contest, PH also broke the former’s uninterrupted decades-long rule of the country either as BN or as its predecessor Alliance.

    As for Sabah-based Parti Warisan Sabah which is aligned to PH, it won 257,091 votes or 2.21 per cent, while PAS, Sabah’s STAR and independent candidates won 14.04 per cent or over 1.63 million votes.

Comments are closed.