Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, walaupun Amerika Syarikat (AS) dijangka mengumumkan satu lagi kenaikan tarif ke atas barangan China pada awal Disember. 
. Ringgit dijangka didagangkan pada paras 4.165 hingga 4.185 pada minggu depan, didorong oleh faktor luaran termasuk hala tuju dolar Amerika Syarikat (AS) serta harga minyak, kata penganalisis.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi ini berikutan pengukuhan mata wang negara maju itu akibat meningkatnya sentimen optimis mengenai kadar faedah yang lebih tinggi di negara tersebut, kata seorang peniaga.

Pada pukul 9 pagi ini, ringgit disebut harga pada 4.0060/4.0090 berbanding dolar AS daripada paras 4.0040/0070 sewaktu ditutup semalam.

Dolar AS yang disifatkan sebagai mata wang selamat, turut mencecah ke paras tertinggi dalam tempoh 11 bulan malam tadi berikutan pulangan bon AS yang lebih tinggi.

Peniaga itu berkata, ketegangan dagangan antara AS dan China yang menyebabkan penggiat pasaran mengelak risiko, terutamanya bagi mata wang negara membangun, akan terus memberi tekanan terhadap sentimen pelabur pada hari ini.

Selain itu, berbanding mata wang lainnya, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah kecuali yen Jepun yang meningkat kepada 3.6290/6327 berbanding 3.6354/6391 pada Rabu.

Ringgit turut susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9473/9504 daripada 2.9465/9491, rendah berbanding pound Britain kepada 5.2751/2807 daripada 5.2677/2720 dan merosot berbanding euro kepada 4.6357/6404 daripada 4.6298/6349. – BERNAMA