Tommy Thomas
Tommy Thomas

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara menghentikan khidmat guaman mereka kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
dalam mana-mana petisyen pilihan raya selepas ini.

Dengan pengumuman tersebut, SPR perlu mendapatkan peguam sendiri untuk mewakili mereka dalam prosiding perundangan tidak seperti lazimnya khidmat guaman disediaka oleh jabatan tersebut.

“Jsuteru SPR hendaklah melantik peguam pilihan mereka sendiri daripada Badan Peguam Malaysia untuk mewakili badan berkenaan dalam prosiding perundangan,” kata Peguam Negara (AG) Tommy Thomas dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, keputusan tersebut bertujuan mengelakkan wujudnya konflik kepentingan dan Jabatan Peguam Negara sepatutnya menjadi sebuah badan berkecuali semasa mengendalikan pilihan raya.

Thomas berkata jika peguam daripada Jabatan Peguam Negara meneruskan untuk mewakili SPR dalam petisyen pilihan raya juga boleh menimbulkan persepsi bahawa keadilan tidak dilihat dilaksanakan. – MalaysiaGazette