oil
Gambar hiasan loji petrokimia

NEW YORK – Harga minyak meningkat selepas para pengeluar bersetuju untuk mengurangkan output secara sederhana bagi menggantikan kerugian pengeluaran ketika permintaan global meningkat.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan negara pengeluar utama minyak yang bertemu di Vienna telah bersetuju untuk meningkatkan kira-kira 1 juta tong sehari bermula Julai ini.

Peningkatan sebenar bagaimanapun hanya sekitar 770,000 tong sehari, demikian menurut Iraq.

Ini kerana beberapa negara baru-baru ini mengalami pengurangan pengeluaran dan sukar untuk mencapai kuota penuh manakala ada pengeluar lain yang tidak mampu untuk memenuhi jurang tersebut.

“Terdapat pelbagai jangkaan di dalam pasaran yang mengatakan akan ada minyak baharu memasuki pasaran namun ianya tidak mungkin berlaku. Sekurang-kurangnya pada masa sekarang.

“Pada satu ketika, kami dikatakan akan menaikkan output sebanyak 1.8 juta tong sehari tetapi akhirnya kami hanya mampu mengeluarkan kira-kira 60,000 sahaja,” kata rakan kongsi di Again Capital, John Kilduff.

Minyak mentah Brent meningkat AS$2.50 atau 3.4 peratus kepada AS$75.55 setong manakala minyak mentah AS naik AS$3.04 atau 4.6 peratus kepada AS$68.58 setong. – Agensi