Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berucap pada pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sembrong di Johor.

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli UMNO perlu merapatkan barisan selepas pemilihan pucuk pimpinan berakhir dalam usaha meneruskan perjuangan parti itu.

Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, apa yang penting ialah pertandingan yang diharungi perlu dilakukan dalam semangat kekeluargaan.

“Rapatkan barisan selepas ini . Yang menang tak akan menang semua. Yang kalah tak akan kalah semua,” katanya Ahli Parlimen Sembrong ketika berucap pada pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sembrong di Johor.

Beliau yang mengucapkan terima kasih kepada barisan kepimpinan lepas atas khidmat yang dicurahkan berkata, tanpa sokongan, dokongan dan usaha keras mereka tidak mungkin UMNO dapat mengekalkan kerusi Parlimen Sembrong dan Dewan Undangan Negeri Kahang pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurut Hishammuddin, Sembrong tetap di hati beliau tanpa mengira keadaanya.

Sementara itu, memberitahu menjelaskan, keputusan untuk tidak bertanding pada pemilihan UMNO akan memberi ruang kepadanya bagi menumpukan sepenuhnya perhatian di Johor, tempat lahir parti itu.

“Persoalan mengapa saya tidak menawarkan diri dalam mempertahankan kedudukan di pusat atau bertanding jawatan yang lebih tinggi adalah kerana saya sedar, akur dan tanggungjawab untuk bermuhasabbah dan memberikan ruang untuk membina semula UMNO.

“Sesungguhnya saya telah berjanji walau dalam apa keadaan sekalipun, saya tidak akan meninggalkan perjuangan ini, jauh sekali untuk mengkhianatinya. Malah saya berjanji untuk kekal bersama, susah dan senang sehingga ke akhir saya,” tambahnya.

Hishammuddin berkata, kini apa yang perlu dilakukan ialah rebut peluang untuk memberikan perkhidmatan terbaik, menyumbang buah fikiran serta tenaga dan wang ringgit kepada perjuangan agar ia dapat berdiri semula dengan megah dan bermaruah. – MalaysiaGazette