Veteran politik, Tan Sri Rais Yatim berkata, tidak molek untuk kes seperti ini dibiarkan tertangguh sehingga enam bulan kerana akan meremehkan sistem perundangan negara.
Rais Yatim

KUALA LUMPUR – Tindakan Lim Guan Eng mengeluarkan surat edaran Kementerian Kewangan dalam bahasa Mandarin tidak boleh dibiarkan.

Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, semua pemberitahuan kerajaan mesti dibuat dalam bahasa Melayu yang menjadi bahasa Kebangsaan.

“Tindakan tersebut amat menguja prinsip kenegaraan. Jangan cari pasal yang membawa keresahan,” tegas Rais menerusi Twitter beliau.

Menteri Kewangan teruk dikecam selepas tindakannya mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Mandarin menerusi laman sosialnya pada 24 Jun lalu.

Rata-rata menyifatkan tindakan Guan Eng itu sebagai mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan.

Guan Eng bagaimanapun mempertahankan penggunaan bahasa Mandarin kerana penggunaan bahasa tersebut melambangkan pengiktirafan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap aspek kepelbagaian bahasa dan globalisasi.

Bagaimanapun, menyedari kemarahan ramai, menteri itu berkata, semua kenyataan dalam media rasmi di bawah Kementerian dikeluarkan dalam bahasa Melayu dan hanya diterjemahkan kepada bahasa lain sekiranya perlu. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.