TERKINI : Wanita UMNO Iltizam Mengembalikan Kepercayaan Rakyat – Datuk Noraini Ahmad

Sebaik menerima pelantikan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO yang baharu, Datuk Noraini Ahmad berjanji untuk mengukuhkan kembali kedudukan parti itu di masa kana datang.

Ujarnya, sebagai tulang belakang kepada UMNO, Wanita perlu bersiap sedia dan bekerja keras bagi mengembalikan kepercayaan rakyat selepas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) lalu.