Kejayaan paling menonjol kungfu 99 ialah kemampuan pengamalnya untuk mengangkat berat sehingga 75 kilogram menggunakan alat kelamin.
Kejayaan paling menonjol kungfu 99 ialah kemampuan pengamalnya untuk mengangkat berat sehingga 75 kilogram menggunakan alat kelamin.
KUALA LUMPUR – Pelik tetapi benar.
 
Seorang sifu dari Taiwan telah dijemput untuk membuka kelas “kungfu 99” melalui cara pernafasan di Malaysia.
 
Ilmu itu dikatakan mampu menangani pelbagai masalah kesihatan dan pada masa yang sama meningkatkan tenaga batin.
 
Nanyang Siang Pau melaporkan, tok guru Tu Jinquan, 60, merupakan orang yang tidak kurang popularnya di Taiwan kerana sering dikunjungi orang kenamaan termasuk yang bergelar Datuk Seri dari Malaysia untuk mendapatkan rawatan dan ilmu.
 
Kejayaan paling menonjol kungfu 99 ialah kemampuan pengamalnya untuk mengangkat berat sehingga 75 kilogram menggunakan alat kelamin.
 
Ditanya sama ada latihan angkat berat menggunakan bahagian kemaluan akan mematahkan zakar lelaki, Jinquan berkata, kecederaan boleh dielakkan jika latihan dijalankan secara berperingkat.
 
“Walaupun begitu, terdapat pelatih yang hilang fokus semasa latihan sehingga tergeser dan berlaku cedera ringan,” katanya kepada Nanyang Siang Pau.
 
Wartawan akhbar itu juga menyaksikan bagaimana seorang pelatih yang bahagian kemaluannya dilitupi kain mengangkat berat menggunakan alat kelamin.
 
Jin Quan berkata, beliau sendiri akan menunjukkan kemampuan menarik kereta dengan alat kelamin di Malaysia dengan mengadakan demonstrasi  menggunakan sebuah kereta Porsche yang beratnya mencecah 1,830 kilogram.
 
Jin Quan mahu menyalurkan ilmu kungfu 99 kepada orang Malaysia. Harga kursus untuk tiga hari berserta peralatan latihan adalah berharga RM2000. – MalaysiaGazette