Dari kiri: Ketua Pegawai Komesial Airbus, Eric Schulz; Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun pada majlis pengumuman tempahan pesawat A330-900 neo pada Pertunjukan Udara Farnborough, United Kingdom.
Dari kiri: Ketua Pegawai Komesial Airbus, Eric Schulz; Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun pada majlis pengumuman tempahan pesawat A330-900 neo pada Pertunjukan Udara Farnborough, United Kingdom.

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh, AirAsia X melakukan tempahan tambahan 34 buah pesawat Airbus, A330neo dengan penghantaran pertama dijadual pada suku keempat 2019.

AirAsia X yang merupakan pengendali pertama pesawat A330-900neo, pesawat paling besar dalam keluarga A330neo, yang akan ditempatkan di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Berikutan tempahan tambahan itu, AirAsia X meningkatkan tempahan pesawat A330-900neo kepada 100 buah pesawat, sekali gus menjadi pelanggan terbesar pesawat yang dijual pada harga katalog AS$296.4 juta sebuah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pesawat tersebut akan membolehkan syarikat mengembangkan tawaran tambang murah melangkau Asia Pasifik ke seluruh dunia.

airbus
Pesawat Airbus, A330-900neo

“Kami percaya terhadap tambang murah jarak jauh dan tempahan ini menunjukkan keyakinan kami terhadap model perniagaan AirAsia X” katanya dalam satu kenyataan sempena pengumuman yang dilakukan pada Pertunjukan Udara Farnborough, United Kingdom hari ini.

Pesawat itu berkeupayaan membawa 440 penumpang, namun bagi konfigurasi tiga kelas ia boleh menebangkan 287 penumpang.

Pesawat yang mampu terbang sejauh 13,334 kilometer itu akan membolehkan AirAsia ke Eropah dan menyambung semula perkhidmatan Kuala Lumpur – London yang dihentikan pada 2012. – MalaysiaGazette