Datuk Megat Sallehudin Megat Ibrahim.
Datuk Megat Sallehudin Megat Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Pengalaman jatuh bangun dalam bisnes telah dilaluinya namun Pengarah Urusan Megasoft Network Sdn. Bhd. ini tidak pernah mematahkan semangat untuk terus maju dan mara ke hadapan.

Bagi Datuk Megat Sallehudin Megat Ibrahim, beliau tidak mahu lagi menoleh ke belakang. Beliau menganggap kegagalan adalah pengalaman yang indah dan mengajarnya untuk terus bangun membina empayar perniagaan yang telah diceburi sejak 2005.

Minatnya pada dunia perniagaan tidak pernah malap, malah sejak awal pembabitan dalam bisnes, beliau menggunakan bidang Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang diceburinya ketika bekerja dengan sebuah syarikat swasta memberi peluang kepada beliau untuk menimba seribu pengalaman.

Sehingga kini, selain GIS, syarikatnya turut terlibat dalam cabang perniagaan lain antaranya ialah pembangunan perisian, perkhidmatan Pesawat Tanpa Pemandu (UAV), multimedia, latihan grafik dan pengeluaran produk penjagaan kecantikan berjenama Voqq.

Bapa kepada empat orang anak itu memberitahu, suka duka yang ditempuhinya dalam perniagaan telah mematangkan dirinya untuk menjadi lebih kuat, berani dan bersemangat dalam usaha terus membawa empayar perniagannya lebih maju ke hadapan.

Bisnes bidang Sistem Maklumat Geografi (GIS) menjadi piihan Datuk Megat Sallehudin Megat Ibrahim.
Bisnes bidang Sistem Maklumat Geografi (GIS) menjadi piihan

Jelasnya, siapa tidak terduduk apabila mengalami kerugian hampir RM500,000 akibat sedikit masalah teknikal dalam proses penghantaran cadangan permohonan projek baharu kepada sebuah agensi kerajaan.

Bagi Megat Sallehudin, insiden itu memberi kesan yang sukar dilupakannya sehingga hari ini.

Hampir seminggu beliau mengalami kemurungan, tidak bermaya dan lemah semangat untuk menjejakkan kaki ke pejabatnya.

Sebagai majikan kepada sebuah syarikat yang kecil, katanya bukan duit yang dirisaukan. Namun bagaimana beliau mahu membayar gaji gara-gara pendapatan syarikat yang terjejas dan impaknya terkena kepada para pekerjanya.

Bangkit daripada sedar, beliau nekad untuk bangun semula dan membayangkan wajah-wajah para pekerjanya yang begitu setia dengan syarikat membuatkan Megat Sallehudin kembali bersemangat untuk mencari peluang projek baharu.

Megat Sallehudin Megat Ibrahim bersama kakitangannya.
Megat Sallehudin Megat Ibrahim bersama kakitangannya.

Hikmah yang hadir di sebalik kegagalan itu, syarikatnya kini terus berdiri kukuh dalam menghadapi persaingan yang semakin sengit di dalam persekitaran ekonomi yang mencabar dan perubahan teknologi maklumat yang makin canggih.

“Pesan saya pada usahawan baharu, jangan terlalu yakin dengan apa yang dilakukan, semak semula dengan lebih teliti setiap urus niaga dan transaksi perniagaan yang dijalankan.

“Sedikit kesilapan yang dilakukan, akan memberi seribu kerugian dan penyesalan yang bakal memakan diri sendiri,” jelasnya berkongsi pengalaman.

Ditanya mengapa GIS menjadi bisnes pilihan, kata beliau, pada tahun 2005 masih kurang kaum bumiputera menceburi bidang tersebut dan beliau berusaha mempelajari industri berkenaan termasuk berurusan dengan pelanggan korporat dan agensi kerajaan.

Jelas beliau, GIS merupakan sebuah sistem pengurusan maklumat berkomputer untuk tujuan pengurusan maklumat, pengolahan, penganalisaan dan pengeluaran maklumat yang sering dikaitkan dengan data berbentuk peta dan pelan.

Megat Sallehudin Megat Ibrahim turut menceburi bisnes produk penjagaan kecantikan berjenama Voqq.
Megat Sallehudin Megat Ibrahim turut menceburi bisnes produk penjagaan kecantikan berjenama Voqq.

Justeru, pengalaman makan gaji yang ditimba selama dua tahun, beliau lebih berkeyakinan untuk melangkah keluar dengan mengambil keputusan menceburi bidang perniagaan dengan menawarkan perkhidmatan GIS kepada pelanggan baharunya.

“Sistem ini masih baru dan saya yakin, ia berpotensi untuk diperluaskan pada masa depan, apatah lagi saya yang berjiwa muda memiliki banyak idea baharu untuk dikongsi bersama pelanggan.

“Atas sokongan rakan dan melalui modal permulaan sebanyak RM10,000 perniagaan mula beroperasi di sebuah pejabat kecil di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

“Syarikat terlibat dalam projek berkaitan GIS dan ditawarkan kepada agensi kerajaan khususnya Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Megat Sallehudin, 38, mengakui pada peringkat awal, beliau agak sukar menembusi pasaran kerana posisi syarikat yang masih kecil dan baharu.

“Saya mengalami kekurangan pendapatan hampir satu tahun setengah dan pernah tidak menerima pembayaran daripada pelanggan hampir tiga bulan sehingga membuatkan saya hampir putus asa,” jelasnya.

Megat Sallehudin Megat Ibrahim mahu membantu komuniti dan memberi semula rezeki yang diperolehinya dengan memanfaatkan kepada golongan yang susah di luar sana.
Megat SMegat Sallehudin Megat Ibrahim mahu membantu komuniti dan memberi semula rezeki yang diperolehinya dengan memanfaatkan kepada golongan yang susah di luar sana.allehudin Megat Ibrahim mahu membantu komuniti dan memberi semula rezeki yang diperolehinya dengan memanfaatkan kepada golongan yang susah di luar sana.

Namun berkat kegigihan Megat Sallehudin mempromosikan dan membida pelbagai projek, rezekinya makin meluas.

Ini kerana keunikan perisian yang digunakan dalam GIS yang ditawarkan kepada pelanggan lebih bersepadu, lebih kehadapan dan mampu memenuhi keperluan pelanggan.

“Ketika itu, Megasoft Network menjadi salah sebuah syarikat bumiputera perintis dalam bidang GIS di negara ini,” terangnya.

Kini, sistem tersebut semakin maju ke hadapan dan persaingan terus bertambah, namun syarikat berdiri kukuh untuk memasuki bidaan untuk projek-projek jutaan ringgit khususnya dalam sektor kerajaan.

“Kami telah mengendalikan kira-kira 10 projek dan sistem GIS merupakan perniagaan teras syarikat dengan menyumbang hampir 60 peratus kepada perolehan jualan.

“Kami sedang membida enam lagi projek baharu pada tahun ini,” jelasnya.

Kini, selain beliau sibuk menguruskan perniagaan, Megat Sallehudin dan kakitangannya turut menyusun jadual dalam projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan mengedarkan makanan kepada gelandangan di Jalan TAR dan Chow Kit.

“Kami akan memperuntukkan sehari dalam seminggu untuk mengedarkan makanan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan di situ kami dapat berkenalan dan beramah mesra dengan kumpulan tersebut.

“Ternyata ini memberi kepuasan saya membantu komuniti dan memberi semula rezeki yang saya manfaatkan dengan golongan yang susah di luar sana,” jelasnya. – MalaysiaGazette