Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail (tengah) bersama Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA), Datuk Seri Garry Chua Kah Seng (tiga kiri) bergambar kenangan dengan sebahagian penerima anugerah penghargaan pada Majlis Makan Malam Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 JULAI 2018

PETALING JAYA – Kerajaan akan memastikan dasar negara khususnya dalam bidang perniagaan akan bersifat mesra kepada golongan berkenaan.

Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ke Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) berkata, ia penting bagi memastikan industri perniagaan tempatan terus berkembang.

“Tanggungjawab kerajaan memastikan dasar yang bersifat mesra perniagaan itulah komitmen yg disebut Timbalan Perdana Menteri (TPM,” kata Saifuddin yang membacakan ucapan Wan Azizah.

Timbalan Perdana Menteri juga mahu menekankan industri peruncitan menjadi pemangkin kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Peruncitan adalah salah satu penyumbang utama GDP (KDNK),” katanya lagi. – MalaysiaGazette