Foto Instagram Rozita Che Wan.
Foto Instagram Rozita Che Wan.

KUALA LUMPUR – Pereka fesyen duo popular, Rizman Ruzaini mendedahkan saiz badan pelakon Rozita Che Wan tidak pernah berubah sejak menggayakan rekaan mereka 13 tahun lalu.

Menerusi ruangan Ask Me Question di Instagram Stories, Rizman yang menjawab pertanyaan di ruangan tersebut  berkata, saiz badan Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta adalah yang paling sempurna seperti saiz ukuran patung.

“Artis mana yang pernah bekerjasama dengan anda yang anda rasa badannya paling ‘perfect’ tanya netizen.

“Beliau (Che Ta) adalah selebriti pertama yang menggayakan rekaan kami 13 tahun yang lalu, dan sejak itu saiz badannya tidak pernah berubah,” jawab Rizman.

Jenama popular Rizman Ruzaini merupakan gabungan dua orang pereka iaitu Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil, 34, dan Rizman Nordin, 34. – MalaysiaGazette