Gambar hiasan

TEHRAN- Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei memberi sokongan terhadap cadangan Presiden Hassan Rouhani yang mahukan Tehran menghalang pengeksportan minyak sekiranya penjualan mereka dihentikan berikutan penarikan diri Amerika Syarikat (AS) daripada perjanjian nuklear tahun 2015.

Pada 3 Julai lalu, Rouhani memberi amaran yang Iran akan mengganggu penghantaran minyak daripada daripada negara-negara jiran sebagai reaksi kepada sekatan AS dan usaha pentadbiran Presiden Donald Trump yang memaksa semua negara menggantung pembelian minyak Iran.

Walaupun Rouhani tidak menamakan Terusan Hormuz namun komen-komennya dilihat tidak lain tidak bukan sebagai ancaman terhadap laluan strategik yang terletak di antara Iran dan Oman yang menjadi laluan kepada 18.5 juta tan minyak setiap hari  pada 2016.

Terusan itu bukan sahaja digunakan oleh kapal-kapal Iran tetapi juga negara Teluk lain.

“Kenyataan yang dibuat presiden…sekiranya minyak Iran tidak boleh dieksport, tiada minyak dari negara rantau ini boleh dieksport, adalah satu kenyataan penting yang mencerminkan dasar dan pendekatan Iran,” kata Khamenei di dalam laman web rasminya.- MalaysiaGazette