Gambar hiasan
Gambar hiasan

HONG KONG- Seekor lipas merayap masuk ke telinga seorang wanita di selatan China dan membuat lubang di gegendang telinga.

Seorang doktor Hospital Renkang di Dongguan, wilayah Guandong berjaya mengeluarkan lipas berkenaan selepas dua hari serangga itu merayap masuk ke dalam telinga wanita berusia 20-an ketika di sedang tidur.

“Saya rasa seperti ada jarum yang mencucuk telinga saya ketika itu.

“Saya tidak menyangka ianya disebabkan oleh lipas. Saya ingat kesakitan tersebut adalah akibat putik kapas yang digunakan ketika mahu membuang tahi telinga.

“Ia kemudiannya berhenti bergerak dan saya pula sibuk bekerja jadi saya biarkan sahaja selama dua hari sebelum pergi ke hospital,” katanya.

Menurut Dr. Huang Dan, doctor yang berjaya mengeluarkan lipas berkenaan, lipas Jerman itu telah menebuk satu lubang kecil di dalam gegendang telinga wanita berkenaan dan menyebabkan pendarahan serius.

Katanya, dia hanya menjumpai satu atau dua kes seumpama itu dalam masa sebulan.

“Kebanyakan pesakit tinggal di tingkat satu yang mana apabila cuaca panas dan lembap ditambah dengan kebersihan yang tidak dijaga, ia menyebabkan banyak seranggan seperti lipas berkeliaran,”katanya.

Menurut Huang, gegendang telinga amat sensitif dan kebanyakan orang yang mengalami kes sedemikia biasanya segera mendapatkan rawatan kerana kesakitannya amat teruk dan tidak boleh ditanggung.-MalaysiaGazette