Calon Barisan Nasional (BN) N.49 Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam bersalaman bersamam penduduk setempat ketika hadir ke kenduri tahlil doa selamat sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Taman Sri Andalas Klang, Klang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 22 JULAI 2018

SHAH ALAM – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam memulakan kempen hari pertama hari ini seawal jam 5.30 pagi lagi.

Beliau bersama rombongan memulakan aktiviti pertama dengan menunaikan solat Subuh bersama kariah Taman Sri Andalas di Masjid Al-Rahimiah, Klang.

Lokman (kiri) bersalam dengan anak muda dalam program menyantuni masyarakat.

Selepas itu, pada jam 7 pagi, Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO bersarapan pagi bersama penduduk dan mengunjungi rumah ke rumah sekitar Taman Sri Andalas sehingga jam 9 pagi.

Ketika bertemu dengan penduduk sekitar, Lokman langsung tidak kelihatan kekok, bahkan begitu mesra seolah sudah lama mengenali antara satu sama lain.

“Saya bukan orang asing di Sungai Kandis. Ketika saya bersama Angkatan Muda Keadilan dahulu, saya tubuhkan markas parti di Jalan Kebun.

Walaupun dianggap calon luar, Lokman bukanlah asin
“Semangat persahabatan dan kekeluargaan itu masih kekal kukuh dalam diri mereka dan diri saya,” katanya kepada media sebelum ini.

Lokman dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO dan BN sebagai calon yang layak bertanding melawan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni pada pilihan raya kecil Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

PRK diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Mat Shuhaimie Shafie akibat kanser limfoma di Pusat Perubatan Subang Jaya pada 2 Julai lalu.

DUN Sungai Kandis adalah nama baharu bagi DUN Sri Andalas selepas persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Lokman turut mempunyai jadual padat sepanjang hari ini, yang dijangka berakhir kira-kira jam 12 tengah malam ini dengan mesyuarat harian di pejabat UMNO Bahagian Kota Raja di Kota Kemuning. – MalaysiaGazette