Duchess of Sussex, Meghan Markle

LONDON- Meghan Markle dilaporkan tidak bercakap dengan bapanya, Thomas Markle selama lebih dua bulan dan hubungan tegang di antara keduanya dilihat sudah tidak boleh dibaiki lagi.

Bapa Duchess of Sussex itu telah membina satu perangai yang suka bercakap kepada media berhubung anak perempuannya itu dan keluarga diraja Britain menyebabkan Meghan takut untuk berbual dengan bapanya sendiri.

Beliau bimbang lelaki berkenaan mendedahkan perbualan mereka kepada media.

“Meghan sangat kecewa dengan Thomas dan beliau mempunyai banyak sebab.

“Malah beliau sendiri tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan bapanya tanpa lelaki tersebut mempergunakan beliau,” kata seorang sumber.

Meghan sangat rapat dengan bapanya semasa beliau membesar di Los Angeles tetapi perhubungan mereka diuji dengan beberapa siri insiden memalukan beberapa bulan sebelum perkahwinan dirajanya.

“Beliau suka berbula dengan bapanya tetapi malangnya beliau sudah tidak mempercayainya.

“Nampaknya hubungan mereka tidak mungkin kembali terjalin.

“Meghan tidak mempunyai pilihan lain selain mengabaikan bapanya,” kata sumber berkenaan.-Agensi