Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.49 Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menunjukkan cara memotong ikan ketika sesi 'walkabout' sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Jalan Kebun Tambahan, Kampung Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 22 JULAI 2018

BUKIT KEMUNING – Calon PKR  Mohd. Zawawi Ahmad Mughni untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis menyuarakan kebimbangannya dengan ‘keselesaan’ pengundi di kawasan itu. 

Ujar Mohd. Zawawi, keselesaan pengundi di situ mungkin berpunca daripada kemenangan Pakatan Harapan di peringkat nasional termasuk di DUN itu pada PRU-14 lalu.

“Kita tidak boleh selesa dengan angka kemenangan yang lalu kita bimbang pengundi tidak keluar mengundi kerana selesa.

“Sama-sama kita ajak mereka keluar mengundi di saluran untuk memastikan kemenangan,” katanya ketike berucap di perasmian Bilik Gerakan Utama parti itu sini hari ini.

Mohd. Zawawi berkata, beliau mahu menumpukan pembangunan masyarakat di daerah tersebut jika dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis 4 Ogos ini. 

“Apabila nanti sah menjadi wakil rakyat di Selangor antara fomus utama adalah pembangunan masyarakat yang berteraskan agama yang penting manusia perlu dibangunkan secara sempirna, holistik tidak lagi mengejar kecemerlangan akademik semata-mata dan harta semata-mata,” tambah pencabar kepada calon Barisan Nasional, Datuk Lokman Noor Adam dan seorang lagi calon bebas, K. Murthy. -MalaysiaGazette