Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.49 Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad.
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.49 Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad.

SHAH ALAM – Calon PKR untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd.  Zawawi Ahmad Mughni yakin pengundi Pas akan memangkahnya pada 4 Ogos nanti. 

Tambahnya, pengundi parti itu sebelum ini bakal mengundinya kerana keterampilan dan pemikiran Islam yang dimilikinya sinonim dengan perjuangan Pas. 

“Bagi saya terserah kalau mereka terserah mahu bergabung hak mereka tapi saya yakin pengundi Pas yang 7,000 itu akan mengundi saya mereka tahu bahawa mereka ingin pemimpin yang pemikiran Islam mempunyai sahsiah baik untuk menjadi ketua mereka,” katanya ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama parti itu sebentar tadi.

Beliau berkata demikian mengulas bagi kenyataan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam yang mahu mengadakan perbincangan dengan Pas untuk mengajak parti itu berkempen. 

Namun Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengumumkan bahawa parti itu tidak akan membantu jentera BN dalam menghadapi PRK Sungai Kandis mahu pun Balakong yang bakal diumum tarikhnya kelak. 

Justeru Zawawi menyifatkan apa juga kenyataan BN tidak akan menjejaskan keyakinannya.- MalaysiaGazette