Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kekukuhan ekonomi negara bersandarkan kepada lapan faktor iaitu pertumbuhan yang mantap dan stabil.
KLCC mercu tanda Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR- Jabatan Statistik menjangka ekonomi Malaysia akan berkembang perlahan dalam tempoh empat hingga enam bulan akan datang iaitu antara September hingga November ini.

Menurut Ketua Perangkawan Negara, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin, unjuran itu adalah bersandarkan prestasi Indeks Utama (LI).

“Ekonomi dijangka berkembang perlahan di antara September hingga November bersandarkan kepada prestasi LI.

“Petunjuk LI direka untuk memantau prestasi ekonomi jangka pendek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu sejajar dengan komen Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Jumaat yang menjangka ekonomi Malaysia akan tumbuh perlahan kepada lima peratus pada tahun 2018 berbanding unjuran awal 5.5 peratus dan 6.0 peratus.

Ia kerana negara sedang berhadapan dengan tempias ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.-MalaysiaGazette