Menurut polis, mereka berdua ditahan pada bulan Jun selepas dikenalpasti tempat penanaman janin bayi lelaki di kawasan kampung tersebut.-gambar hiasan

JAMBI – Seorang wanita remaja berusia 15 tahun di sini diperkosa oleh abang kandung sendiri yang berusia 17 tahun dan kini kedua-duanya dihukum penjara.

Wanita tersebut dijatuhi hukuman penjara di Pulau Sumatera selama enam bulan kerana mengugurkan kandungan manakala abangnya dihukum selama dua tahun kerana melakukan seksual bawah umur.

Pihak polis menahan pasangan itu di ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Pulau di wilayah Jambi.

Menurut polis, mereka berdua ditahan pada bulan Jun selepas dikenalpasti tempat penanaman janin bayi lelaki di kawasan kampung tersebut.

Wanita itu dipercayai diperkosa lapan kali oleh abangnya sebelum melakukan pengguguran pada September lalu, kata pegawai mahkamah.

Pasangan itu disabitkan kesalahan pengguguran haram di bawah undang- undang Indonesia.- MalaysiaGazette