Olivier Giroud menepati janji apabila mencukur rambutnya susulan kemenangan Perancis pada temasya Piala Dunia 2018 baru-baru ini.
Olivier Giroud menepati janji apabila mencukur rambutnya susulan kemenangan Perancis pada temasya Piala Dunia 2018 baru-baru ini.

LONDON – Penyerang Olivier Giroud mengotakan janji apabila mencukur rambut selepas kemenangan Perancis pada kejohanan Piala Dunia 2018 baru-baru ini.

Sebelum saingan di Rusia itu bermula, beberapa pemain Perancis membuat beberapa janji jika berjaya membawa pulang piala yang menjadi rebutan empat tahun sekali itu.

Selain Giroud, Nabil Fekir turut berniat untuk mencukur rambut mereka manakala pemain tengah, Blaise Matuidi pula mahu berbasikal dari Paris ke Turin.

“Saya telah melakukannya semalam selepas pembaptisan anak lelaki malahan isteri saya juga mahu ikut serta,” kata Giroud.

Turut bersama Giroud adalah penyerang Chelsea, Hugo Lloris.

Ketika ini, Giroud dalam tempoh bercuti selama dua minggu menjelang persiapan musim depan Chelsea bersama Mourizio Sarri.

Sebelum ini, pemain Chelsea melalui penerbangan 15 jam ke Australia untuk bersaing perlawanan pertama menentang Perth Glory.- MalaysiaGazette