Bekas Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua kanan) sambil diperhatikan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor (kiri) selepas menyambut ulang tahun beliau pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 JULAI 2018.
Bekas Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua kanan) sambil diperhatikan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor (kiri) selepas menyambut ulang tahun beliau pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 JULAI 2018.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersedia untuk disiasat dalam isu dakwaan eksploitasi penggajian migran Nepal ke negara ini oleh Syarikat Bestinet Sdn. Bhd.

Kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, beliau meminta pihak berkuasa supaya mengemukakan segala bukti beliau dan ahli keluarganya terlibat.

“Saya sedia disiasat dan sila kemuka bukti saya menyalahgunakan kuasa atau mana-mana ahli keluarga saya yang terlibat, sila siasat.

“Saya sedia berdepan segala kemungkinan,” katanya di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sebelum ini Nepal Times melaporkan pekerja migran dari negara itu boleh memohon visa secara sendiri tanpa melalui mana-mana agensi dengan harga Rs700 (RM25.94), ujian kesihatan dengan serendah Rs200 (RM7.40) dengan 200 institusi kesihatan yang disahkan kerajaan.

Namun kerajaan Malaysia didakwa pernah melantik syarikat swasta (Ultra Kirana Sdn.Bhd) yang mewajibkan pekerja warga Nepal memohon visa kerja menerusi ejen di Nepal.

Tetapi sejak pelantikan syarikat swasta pada Julai 2015 didakwa dimiliki adik iparnya, Ahmad Zahid Amin Abdul Nor dan adiknya Abdul Hakim Hamidi bagi memegang kepentingan dalam syarikat itu.

Syarikat itu didakwa mengenakan caj Rs3200 (RM118.57) untuk setiap pekerja Nepal ke Malaysia dan mengaut lebih Rs1.95 bilion (RM72.2 juta) melibatkan 600,000 pekerja sejak September 2013 hingga April 2018 sebelum Malaysia mewajibkan pengimbasan dan pendaftaran biometrik bermula Julai 2015.

Bestinet juga dikatakan berganding dengan Persekutuan Profesional Kesihatan Nepal (NHPF) untuk menjalankan pemeriksaan biopmetrik menerusi lebih 39 pusat perubatan di Nepal dengan caj Rs4500 (RM166) untuk setiap pekerja Nepal.

Tambah Ahmad Zahid, beliau tidak mempunyai adik perempuan atau adik ipar bernama Amin.

“Saya juga tidak mempunyai sebarang pegangan dalam itu (projek Bestinet). Syarikat itu telah memiliki perniagaan itu sebelum saya memasuki Kementerian Dalam Negeri (KDN),” tegasnya.

Dalam pada itu, kerajaan Nepal dikatakan sudah memulakan siasatan terhadap pengeksploitasian yang disyaki berlaku dalam sistem tersebut.- MalaysiaGazette