Home Seni Hidup Anil Kapoor jadi bapa Salman Khan dalam Race 3

Anil Kapoor jadi bapa Salman Khan dalam Race 3

Anil Kapoor sibuk dalam penggambaran filem terbaharunya Race 3.

MUMBAI – Bintang Bollywood, Ani Kapoor dikhabarkan sedang melakonkan watak sebagai bapa kepada Salman Khan dalam filem terbaharu Race 3 yang sedang berada dalam proses pembikinan di India.

Pelakon terkenal India itu juga menyatakan kesanggupan untuk memegang karakter bapa untuk Legenda Bollywood, Amitabh Bachchan dalam filem Hindi.

Anil ditanya mengenai peranannya sebagai bapa dalam filem terbaharu, berkata:” Saya tidak ada masalah untuk melakonkan watak itu.

“Saya juga bersedia untuk jadi bapa kepada Amitji (Amitabh Bachchan) dalam filem selepas ini jika diberi peluang.

“Saya sudah menandatangani klausa perjanjian, jadi saya tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai filem terbaharu itu.

“Namun kisah ‘Race 3” adalah sangat berbeza apabila segala elemen yang ada pada dua sequal Race sebelum ini juga mempengaruhi sekuel ketiga ini.

“Saya mempunyai persahabatan yang baik dengan semua dan mempunyai pengalaman terbaik bekerja dengan Aishwarya dalam Race 3.

“Saya sudah menjalani rakaman untuk bahagian saya dan saya rasa masih ada 2 atau 3 lagu yang perlu dirakamkan komposer muzik,” katanya dalam stu majlis pada malam Sabtu lepas.- MalaysiaGazette