Claudio Ranieri dilantik sebagai pengurus baharu Watford. sumber foto: REUTERS/Daniele Mascolo

LONDON – Watford melantik Claudio Ranieri sebagai pengurus baharu kelab itu berkuatkuasa serta-merta.

Pelantikan itu menyusul selepas kelab terbabit memecat Xisco Munoz pada hari Ahad.

Ranieri, 69 yang berasal dari Itali kembali ke Liga Perdana Inggeris sebelum membantu Leicester City menjulang gelaran EPL pada 2015-2016.

Pelantikan Ranieri merupakan perubahan pengurusan ke-14 yang dilaksanakan dalam kelab Watford yang dimiliki keluarga Pozzo sejak mengambil alih kelab itu pada tahun 2012.

Ranieri sebagai pengurus Watford akan berdepan perlawanan mencabar menentang Liverpool pada Sabtu 16 Oktober ini.

Ranieri mempunyai rekod cemerlang dalam pengurusan kelab dan Watford merupakan kelab ke-21 dalam karier berusia 35 tahun.

Dia selama ini telah memenangi lapan piala termasuk Copa Italia bersama Fiorentina pada 1995/96, Piala Super 2004/05 bersama Valencia dan gelaran EPL bersama the Foxes pada 2015/16.- BBC Sport.com