Home Ekonomi Eco World International selesai peringkat pertama ambil alih Be Living

Eco World International selesai peringkat pertama ambil alih Be Living

KUALA LUMPUR – Eco World International Bhd. (EWI) selesai peringkat pertama pengambilalihan syarikat usahasama dengan Be Living Holdings Ltd., sekaligus menjadikan impian syarikat tersebut menjadi salah sebuah pemaju tempatan di United Kingdom semakin hampir.

Pengambilalihan tersebut menambah enam kawasan baharu kepada tiga projek sedia adanya di London dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak £1.1 bilion, katanya dalam kenyataan di Bursa Malaysia hari ini.

Selain itu, EWI berkata, ia turut menandatangai beberapa perjanjian definitif dengan Be Living bagi peringkat kedua pengambilalihan kawasan yang berpotensi menambah enam lagi kawasan dengan anggaran GDV sebanyak £1.5 bilion.

Apabila peringkat kedua pengambillalihan selesai, jumlah keseluruhan projek kumpulan tersebut di United Kingdom akan meningkat daripada tiga tahun lepas kepada 15.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EWI, Datuk Teow Leong Seng berkata, apabila pengambilalihan peringkat pertama itu selesai menandakan permulaan era baharu EWI di United Kingdom. – MalaysiaGazette