LONDON – Penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic digantung tiga perlawanan selepas mengaku salah menyiku pertahanan Bournemonth, Tyrone Mings ketika perlawanan berkesudahan seri 1-1 pada Sabtu lalu.

Persatuan Bola Sepak England dalam satu kenyataan berkata, pemain berusia 35 tahun itu yang juga penjaring terbanyak United musim ini akan terlepas pertembungan Piala FA menentang Chelsea pada Isnin depan selain saingan Liga Perdana berdepan Middlesbrough dan West Bromwich Albion.

Mings terlebih dahulu dilihat sengaja memijak kepala Ibrahimovic ketika dia melompat di atas pemain itu pada lewat babak pertama di Old Trafford.

Namun FA membuat tindakan luar biasa dengan mengatakan dalam kes Mings, hukuman standard adalah ‘jelas tidak mencukupi’.

Bournemouth diberi masa sehingga esok untuk menentukan sama ada akan membalas dakwaan terhadap Mings.

Sementara itu, kapten United, Wayne Rooney dtiba di Pusat Latihan di Kompleks Latihan Aon awal pagi tadi  tetapi tidak disenaraikan dalam skuad yang membuat perjalanan ke Rusia untuk pertembungan Liga Eropah menentang Rostov.

Rooney meneruskan latihan bersama beberapa pemain seperti Eric Bailly dan Luke Shaw sebagai persediaan untuk aksi menentang Chelsea awal pagi Selasa dalam saingan Piala FA. – MalaysiaGazette