Ikan belacak atau dikenali ikan tembakul halal dimakan kerana boleh dikategorikan sebagai haiwan air.- Gambar hiasan dari media sosial.

KUALA LUMPUR – Ikan belacak atau dikenali ikan tembakul halal dimakan kerana boleh dikategorikan sebagai haiwan air.

Ini kerana habitat ikan belacak hidup di air dan hanya mampu hidup di kawasan daratan yang berair sahaja, menurut satu kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hari ini.

“Keupayaan untuk bernafas hanya berlaku semasa ikan belacak lembab dan berfungsi apabila habitatnya sentiasa berada di kawasan yang berair,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menjawab soalan orang ramai mengenai status ikan belacak yang hidup di dalam lumpur dan sama ada spesies itu hidup dua alam.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ikan belacak halal dimakan kerana kategori haiwan air.

“Hal ini kerana haiwan tersebut mempunyai ciri-ciri haiwan air yang hanya boleh bertahan untuk bernafas dalam keadaan lembapan dan habitatnya kebiasaan di kawasan berair mahupun lembab. Justeru itu, ikan belacak dihukumkan haiwan air berdasarkan garis panduan fiqh mazhab Syafie,” kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette