Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Jack Ma berucap pada pelancaran Fasa 1 Digital Free Trade Zone (DFTZ) di Litar Antarabangsa Sepang, Sepang. foto FAREEZ FADZIL, 03 NOVEMBER 2017

SHANGHAI – Jack Ma, pengasas Alibaba Group Holding Ltd adalah ahli Parti Komunis.

Kenyataan oleh akhbar parti itu sekaligus menamatkan tanda tanya orang ramai yang beranggapan Ma tidak menyertai mana-mana parti politik.

Akbar The People Daily berkata, nama Ma tersenarai dalam 100 individu yang membantu memacu ekonomi dalam melakukan proses pembaharuan.

Ma adalah individu paling kaya di China dengan nilai kekayaan mencecah AS$35.8 bilion, menurut Forbes.

Ia adalah tidak jelas mengapa akhbar itu memilih untuk menyebut nama Ma tetapi kenyataan itu muncul di tengah-tengah langkah Beijing untuk membawa syarikat swasta di negara ini lebih selaras dengan nilai-nilai parti itu, terutama dalam sektor teknologi yang telah berkembang dengan pesat, didorong oleh kejayaan syarikat-syarikat swasta .

Ma telah mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Alibaba pada tahun depan.

Beliau juga bertindak sebagai penasihat kepada pemimpin politik di Asia dan Eropah dan mempunyai impian besar di Amerika Syarikat.

Namun, pendedahan politik Ma itu memeranjatkan. – MalaysiaGazette