KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melantik Tetuan Pertama Makmur Sdn Bhd untuk melaksanakan kerja pembinaan pelebaran Jalan Yew yang bermula pada Oktober 2021 dan dijangka siap pada 31 Disember 2025.

Kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan di tapak.

Bagi menyesuaikan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew, Jalan Sungai Besi menghala ke Sg. Besi/ Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew akan ditutup kepada semua lalu lintas secara berperingkat mulai 30 September 2023 sehingga 29 September 2024.

Susulan itu, lencongan trafik adalah seperti berikut:
a) Trafik dari Bulatan Kg. Pandan untuk ke Sg Besi/ Petaling Jaya akan dilencongkan kepada 2 bahagian iaitu 1 laluan melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan 1 laluan memasuki laluan kontra di Lorong bersebelahan.

b) Trafik dari Sg Besi/ Petaling Jaya untuk ke Bulatan Kg. Pandan akan dilencongkan kepada 2 bahagian iaitu 1 laluan akan susur ke kiri melalui Bulatan Loke Yew dan 1 laluan akan kekal di jajaran yang sama.

c) Bulatan Loke Yew akan ditutup. Trafik Jalan Loke Yew dari Cheras hanya dibenarkan untuk membuat pusingan U sahaja menghala Jalan Loke Yew ke arah Cheras semula. Pengubahsuaian laluan trafik ini adalah kekal. Laluan
alternatif trafik dari Cheras menuju ke Jalan Sg. Besi adalah melalui Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga. Untuk trafik yang datang dari Cheras dan menuju ke Jalan Yew pula hendaklah menggunakan pusingan U
di persimpangan ’fly-over’ di Jalan Maharajalela dan ini juga sama untuk trafik yang datang dari Cheras dan menuju ke kawasan persekitaran Jalan Yew.

d) Bulatan Loke Yew akan ditutup. Trafik Jalan Loke Yew dari Jalan Kinabalu dan Jalan Sungai Besi akan dilencongkan ke Jalan Yew menghala ke Bulatan Pudu sahaja. Laluan alternatif adalah melalui pusingan U di SMK (P)
Pudu. Pengubahsuaian laluan trafik ini adalah kekal.

e) Bulatan Loke Yew akan ditutup. Laluan trafik Jalan Yew dari Bulatan Kg. Pandan untuk ke Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching akan ditutup pada tempoh pembinaan. Laluan alternatif adalah melalui Jalan Kg. Pandan, Jalan
Imbi dan Jalan Hang Tuah.

f) Bagi kerja meroboh jambatan susur (Ramp) dan pembinaan semula jambatan di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu), jalan susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew ditutup kepada semua
lalulintas pada tempoh yang sama. Laluan alternatif adalah melalui Jalan Sg. Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga.

DBKL meminta semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan dan sebarang kesulitan. – MalaysiaGazette