Azizi Safar

KUALA LUMPUR – Sikap Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang meragui kemampuan Tan Sri Muhyddin Yassin untuk memikul tanggungjawab sebagai perdana menteri ternyata menarik perhatian beberapa pihak termasuk seorang bekas pesakit kanser.

Bagi Azizi Safar, Saifuddin secara sewenang-wenangnya menghina pesakit kanser dan mereka yang pernah mengalami penyakit tersebut.

“Saifuddin Nasution jaga sikit mulut anda. Jangan hina pesakit kanser dan bekas pesakit kanser. Saya pun cancer survivor juga,” kata Azizi, pemerhati politik yang aktif di laman Facebook.

Azizi menambah, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong juga merupakan bekas pesakit kanser.

“Elok saja jadi perdana menteri sampai hari ini. Singapura terus maju juga.

“Dah tak ada benda lain nak burukkan Muhyiddin.

“Kanser boleh diubati. Kebodohan Saifuddin Nasution tak ada ubat. Air jampi pun tak boleh bantu,” katanya.

Malam tadi Saifuddin di pentas siri Jelajah Pakatan Harapan ‘mendedahkan’ perihal ketidakhadiran Muhyiddin ke mesyuarat Kabinet kerana menjalani rawatan peyakit kanser yang dialaminya.

Artikel berkaitan: Selepas tidak lagi sekapal, Saifuddin dedah kisah Muhyiddin

“Saya kasihan dengan beliau (Muhyiddin) sebab kalau sebulan mesyuarat Kabinet empat kali setiap hari Rabu, beliau datang satu kali sebulan, lagi tiga minggu beliau cuti sakit.

“Beliau seorang pesakit kanser, beliau menjalani satu kali rawatan, beliau baru saja pulih,” kata Saifuddin. – MalaysiaGazette

 

2 Komen

  1. HARAP SAUDARA Azizi Safar BERSABAR, JGN TERSINGUNG DENGAN KENYATAAN SAIFUDDIN KERANA DIA TIDAK MENGHINA PESAKIT KANSER KECUALI MENGINGATI TSMY SAHAJA. KALAU SAUDARA PERCAYA KENYATAAN ITU CENDERUNG KEPADA PENGHINAAN TUAN BOLEH KEMUKAKAN SAMAN MALU

  2. Tak payah lah sampai terluah perkataan membodohkan orang lain..manusia ada cara nya masing2 dan jangan pulak kita fikir kecerdikan kita sampai boleh menongkat langit..perancangan Allah itu ada lah sebaik2 perancangan dari manusia.

Comments are closed.