Karim Benzema. Gulf Today.

MEKAH – Pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema mengambil peluang mengerjakan umrah selepas berkelana di bumi Arab Saudi untuk beraksi dalam liga bola sepak negara itu.

Benzema yang menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Ittihad hampir dua bulan lalu berkongsi video di platform media sosialnya awal pagi tadi ketika menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram.

Video itu dikongsikan di laman Instagram dan platform X yang mendapat perhatian berjuta-juta pengikutnya.

“Masya-Allah, terbaik daripada yang terbaik. Alhamdulillah,” kata Benzema dalam video itu dengan gambar dia berlatarbelakangkan Kaabah bagi memulakan ibadah Umrah.