Sebahagian penduduk Athens melihat kebakaran besar yang melanda bandar itu. foto Agensi

ATHENS – Kebakaran hutan yang pantas merebak di seluruh Greece telah membunuh sekurang-kurangnya 20 orang manakala 104 orang cedera dan 11 orang dilaporkan dalam keadaan serius.

Difahamkan kebanyakan mangsa yang cedera adalah dalam kalangan kanak-kanak.

Kebanyakan mangsa terperangkap di resort tepi pantai Mati, kira-kira 40 kilometer (25 batu) di timur laut Athens.

Ada juga yang meninggal dunia di rumah atau dalam kereta.

Beratus-ratus ahli bomba sedang ‘bertempur’ dengan api yang marak dalam operasi sukar dan mencabar.

Greece juga meminta bantuan antarabangsa bagi mengawal kebakaran.

Penduduk di sekitar bandar Athens pula diarah berpindah dengan segera demi keselamatan mereka.

“Kami akan melakukan apa sahaja yang mungkin untuk mengawalnya,” kata Perdana Menteri, Alexis Tsipras kepada pemberita sambil mengumumkan rantau Attica dan sekitar Athens sebagai darurat.

Dalam masa sama, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan ke atas 10 orang pelancong yang melarikan diri dari kebakaran dalam sebuah perahu sebuah perahu, kata polis.

Video kawasan terjejas dengan asap hitam berkepul-kepul di ruang udara dan kerosakan bangunan serta penduduk menyelamatkan diri dengan menaiki kereta menjadi tular di laman-laman sosial.

Tsipras berkata, kerajaan negara itu telah meminta bantuan helikopter dan tambahan anggotra bomba dari negara-negara Eropah bagi memadamkan kebakaran.

Setakat ini, Poland, Jerman dan Perancis serta Itali telah menghantar bantuan.

Kebakaran itu berpunca daripada gelombang panas yang mengakibatkan kebakaran hutan dan mula merebak ke Sweden. – MalaysiaGazette