Baljit Singh

KUALA LUMPUR – Logo mana-mana parti tidak sepatutnya digunakan atau diletakkan pada grafik sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya itu adalah program kerajaan.

Oleh itu, Naib Presiden Gerakan, Baljit Singh menggesa Nga Kor Ming menjelaskan kenapa diletakkan logo DAP pada replika cek yang dikeluarkan untuk beberapa buah sekolah di Ipoh Perak baru-baru ini.

“Rakyat Malaysia mahukan penjelasan daripada Kor Ming. Adakah itu dana daripada kerajaan ataupun DAP sendiri.

“Sekiranya daripada kerajaan, ini adalah perbuatan tidak bermoral mempolitikkan sumbangan dana daripada kerajaan demi ‘mileage’ parti sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baljit berharap Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan itu, tidak menggunakan kuasa yang diberi untuk kepentingan parti politik.

Katanya, seandainya alasan dana itu digabungkan, ia tetap salah kerana terdapat ‘agenda’ politik.

Sepatutnya diasingkan sumbangan daripada kerajaan dan parti politik.

“Adakah di zaman PH-BN Madani ini, para menteri dibenarkan untuk guna duit rakyat dan duit kerajaan untuk tujuan kempen politik dalam premis atau program kerajaan,” soalnya lagi.

Menurut beliau, Gerakan sama sekali tidak menyoal mengenai bantuan yang diberikan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina itu. Malahan harus dipuji kerana SJKC tidak dapat peruntukan yang tetap. Demi kelangsungan sudah pasti peruntukan itu penting.

“Tetapi jangan politikkan kuasa yang diberikan. Berkhidmatlah sebagai menteri untuk semua. Bukan untuk mempromosikan DAP,” tegasnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. percayalah bila DAPIGS LAKUKAN sesuatu 3 pimpinan NAWAR ZAHID MAT SABU akan meRestuinya …sebab DAPIGS suci dan menyucikan era MADANON MADANI…PENYOKONG2 MEREKA senyum dan gembira pimpinan mereka bua FITNAHHH dan BERDENDAM

Comments are closed.