Anggota Maritim Malaysia membawa kotak hitam helikopter AW139 yang ditemui di perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kotak hitam helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (Maritim Malaysia) AW139 (M72-01) yang melakukan pendaratan cemas ketika
melaksanakan latihan menyelamat pada 5 Mac lalu di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala
Selangor telah ditemui hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hamid Mohd Amin berkata, kotak hitam berkenaan ditemui pasukan penyelam penyelamat Maritim Malaysia selepas misi pencarian memasuki hari ke 44 setelah ekor pesawat helikopter terbabit dikesan di kedudukan 1.9 batu nautika selatan Pulau Angsa iaitu kira-kira 760 meter dari lokasi nahas.

Menurutnya, kotak hitam berkenaan telah dibawa ke makmal untuk dianalisa data rakaman bagi mengetahui punca sebenar insiden yang berlaku.

Artikel berkaitan: Helikopter Maritim Malaysia terhempas, 4 penumpang selamat

Helikopter Maritim mendarat cemas ketika lakukan latihan menyelamat

Insiden Pulau Angsa: Bangkai helikopter APMM dijangka dibawa keluar petang ini

Maritim masih mengesan kotak hitam helikopter – Hamid

Arus deras, jarak penglihatan terhad sukarkan pencarian kotak hitam helikopter Maritim Malaysia

“Pihak Maritim Malaysia menjangkakan keputusan data akan diperoleh dalam masa terdekat berikutan keadaan kotak hitam tidak mengalami sebarang kerosakan yang teruk,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu operasi pencarian kotak hitam berkenaan telah membabitkan 21 penyelam
berhadapan dengan kesukaran akibat arus deras di dasar laut, selain jarak penglihatan di
dalam air yang terhad akibat dasar laut berlumpur.

Selain penyelam penyelamat Maritim Malaysia, misi pencarian kotak hitam turut disertai kru sonar Pusat Hidrografi Nasional (PHN) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), pihak penyedia perkhidmatan pesawat Maritim Malaysia iaitu Galaxy (M) Sdn Bhd, Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia serta kru kapal dan bot Maritim Negeri Selangor. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here