Petugas hospital, Nur Syahirah Mojd Zailan melakukan kerja-kerja menguji sampel cecair saringan orang awam bagi mengesan kes-kes positif Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 MEI 2020.

KUALA LUMPUR – Satu daerah di Semenanjung kembali ke zon kuning menjadikan zon merah berkurangan kepada 26 zon semalam.

Daerah Kubang Pasu menjadi zon terbaharu yang keluar daripada zon merah dengan mencatatkan 27 kes berbanding 41 pada Ahad lalu.

Pengurangan itu kini menjadikan zon merah turun kepada 26 kawasan dengan 16 zon di Sabah, sembilan di Semenanjung dan Labuan.

Kota Kinabalu kini mencatat tertinggi kes positif Covid-19 tertinggi dengan 1,163 kes diikuti Semporna 963 kes.

Kota Setar mengalami pengurangan 223 kes kepada 810 kes semalam.

Sandakan (699), Tawau (751), daerah Timur Laut, Pulau Pinang (401), Tuaran (423), daerah Petaling dengan 383 kes, Lahad Datu (420),

Sementara di Papar (238), deaeah Klang (181), Penampang (178), dan Putatan (175), Kota Belud (103), Seberang Perai Selatan (97), Larut Matang Selama (79), Hulu Langat (89), Gombak (88), Labuan (78), Kunak (68), Kuala Langat (64), Ranau (54), Keningau (55), Beaufort (45), Kudat (47) dan Tambunan (43). – MalaysiaGazette