Datuk Seri Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu yang baharu akan  akan mengangkat sumpah di Balairong Seri, Istana Syarqiyyah dekat Chendering esok.

Istiadat Pegisytiharan Pelantikan Menteri Besar itu turut diadakan sekali dengan Melafaz Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Majlis tersebut dijadualkan berlangsung pukul 2.30 petang.

Bagaimanapun calon Menteri Besar Terengganu tidak diberitahu namun Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka menyandangnya sekali lagi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, Pas telah menang semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Kepimpinan Pas Terengganu sudah mempersembahkan nama calon Menteri Besar bagi mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini.

Nama tersebut telah diserahkan oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang pada jam 9 pagi tadi di istana. – MalaysiaGazette