Home Utama Mohamad Fuzi Ketua Polis Negara yang baharu

Mohamad Fuzi Ketua Polis Negara yang baharu

Mohamad Fuzi Harun.

KUALA LUMPUR – Pengarah Cawangan Khas PDRM, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib hari ini.

Mohamad Fuzi, 56, mempunyai pengalaman selama 25 tahun di Cawangan Khas.

Mohamad Fuzi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi pernah menyandang pelbagai jawatan dalam PDRM.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan Taiping serta Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.

Pada 2014, beliau pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selama beberapa bulan berikutan penyandangnya, Tan Sri Mohd. Bakri Zinin bersara wajib.

Majlis serah tugas disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) hari ini. -MalaysiaGazette.