Home Dunia Moscow mahu kakitangan Britain dikurangkan

Moscow mahu kakitangan Britain dikurangkan

Rusia menutup Kedutaan Amerika Syarikat di St Petersburg. foto EPA

MOSCOW – Rusia mahu Kedutaan Britain mengurangkan jumlah kakitangannya di Moscow agar sama dengan saiz pekerjanya di United Kingdom.

Ia merupakan arahan terbaru Rusia selepas hubungannya dengan Britain tegang ekoran isu serangan agen saraf ke atas bekas perisik, Sergei Skripal dan anaknya, Yulia.

Sebelum ini, Moscow telah menafikan tuduhan menjadi dalang di sebalik serangan agen saraf itu.

Britain kemudian bertindak mengusir diplomat Rusia dan tindakan sama dibalas Moscow.

Rusia kemudian melakukan tindakan sama ke atas diplomat Amerika Syarikat dan sekutu Britain selepas lebih 150 diplomat Rusia telah diusir keluar dari beberapa negara barat.

Skripal dan Yulia ditemui terbaring di atas bangku di sebuah gedung beli-belah di Salisbury, England pada 4 Mac lalu.

Bekas perisik itu masih kritikal tetapi stabil manakala keadaan Yulia semakin baik. – MalaysiaGazette