Mohd Anuar mengesahkan Hamzah sudah keluar PAN.
Mohd Anuar mengesahkan Hamzah sudah keluar PAN.

SHAH ALAM – “Tidak semua yang mereka minta, mereka akan dapat,” demikian kata Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN), Anuar Tahir.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan parti itu di peringkat Johor yang memboikot Konvensyen Pakatan Harapan (PH) hari ini.

“Itu bukan boikot mereka hanya tidak ada di sini. Khabar angin mengatakan mereka tak gembira tapi kadang-kadang perbincangan kerusi ni mereka tidak akan dapat apa yang mereka minta,” katanya ketika ditemui di Ideal Convention Centre disini hari ini.

Terbaharu, Pengerusi PAN Johor, Amiroulhuda Hassan mendakwa tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi parlimen untuk negeri itu di antara parti komponen gabungan tersebut.

Jelasnya, parti itu hanya diberikan dua kerusi sahaja untuk dipertandingkan pada PRU-14 iaitu Parit Sulong dan Pulak, walaupun meminta lima.

Dalam pada itu tambah Anuar , kepimpinan parti yakin isu tersebut akan selesai selepas perbincangan dibuat pada peringkat negeri itu dibuat kelak.

“Peringkat jawatankuasa pusat akan berbincang dengan mereka. Jadual untuk mesyuarat di peringkat Wilayah Persekutuan. Saya akan bercakap dengan Mat Sabu untuk perbincangan di negeri lain.

“Ini bukanlah masalah besar, boleh diselesaikan,” ujarnya.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub hadir pada Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 07 JANUARI 2018.

Namun Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub pula berkata, walaupun parti itu mendapat dua kerusi Parlimen sahaja di Johor namun mereka mendapat banyak kerusi Dewan Undangan Negeri di negeri yang sama. -MalaysiaGazette

Comments are closed.