Pengesahan keputusan Pilihan Raya 2020 belum diumumkan kerana proses pengiraan undi semula sedang berlangsung. foto Agensi

WASHINGTON – Majlis Penyelaras Infrastruktur Pilihan Raya Kerajaan berkata, Pilihan Raya White House 2020 adalah yang paling selamat dalam sejarah, sekali gus menafikan dakwaan penyelewengan oleh Donald Trump.

“Tidak ada bukti terdapat sistem undi yang dipadamkan atau undi hilang, undi bertukar dengan cara apa pun,” katanya.

Majlis itu membuat kenyataan itu setelah Trump mendakwa tanpa bukti bahawa 2.7 juta undi untuknya telah “dihapuskan”.

Trump juga belum mahu menerima bahawa calon Demokrat, Joe Biden dipilih sebagai presiden baharu.

Keputusan pilihan raya yang berlangsung pada 3 November telah dijangkakan oleh semua rangkaian TV utama AS pada hujung minggu lalu.

BBC juga menjangkakan Biden menang di Arizona, meningkatkan undinya kepada 290.

Trump pula memperoleh 217 undi.

Ia merupakan kemenangan pertama Demokrat sejak tahun 1996.

Susulan keputusan pilihan raya tersebut, Trump telah telah memfailkan ke mahkamah dengan mendakwa berlaku penipuan dalam proses pengiraan undi.

Sementara itu, China akhirnya mengucapkan tahniah kepada Biden dan Kamala Harris setelah beberapa hari mendiamkan diri.

“Kami menghormati pilihan rakyat Amerika,” kata jurucakap Kementerian Luar.

Kenyataan daripada majlis tersebut menandakan bantahan secara langsung dari majlis pilihan raya persekutuan dan negeri mengenai dakwaan tidak berasas oleh Trump.

Kenyataan bersama pada hari Khamis dikeluarkan oleh Majlis Penyelaras Infrastruktur Pilihan Raya Kerajaan – yang terdiri dari pegawai kanan dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Suruhanjaya Bantuan Pilihan Raya AS serta pegawai-pegawai di peringkat negeri yang mengawasi pemilihan dan wakil pungutan suara industri.

”Pilihan raya 3 November adalah yang paling aman dalam sejarah Amerika. Sekarang, di seluruh negara, pegawai pilihan raya sedang mengkaji dan memeriksa semula keseluruhan proses pemilihan sebelum menyelesaikan keputusan.

“Walaupun kita tahu ada banyak tuntutan yang tidak berasas dan peluang untuk memberikan maklumat yang salah mengenai proses pilihan raya, kami memiliki keyakinan yang paling tinggi terhadap keamanan dan integritas pilihan raya kita dan kamu juga harus begitu,” tambahnya tanpa menyebut nama Trump secara langsung.

Menurut kenyataan itu lagi: “Apabila kamu ada pertanyaan, kunjungi pejabat pilihan raya sebagai pentadbir pilihan raya”. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Sementara itu, China akhirnya mengucapkan tahniah kepada Biden dan Kamala Harris setelah beberapa hari mendiamkan diri. “Kami menghormati pilihan rakyat Amerika,” kata jurucakap Kementerian Luar.

    ?

    Kerajaan China ni kerajaan pilihan rakyat juga ka?

Comments are closed.