Bangunan Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berkembang 0.4 peratus kepada AS$101.2 bilion (RM427.7 bilion) pada 29 September berbanding AS$100.8 bilion (RM432.8 bilion) dua minggu sebelumnya.

Menurut bank pusat itu, kedudukan rizab itu cukup untuk membiayai 7.6 bulan import dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek.

Rizab matawang asing merangkumi bahagian besar rizab iaitu AS$94.8 bilion manakala kedudukan rizab IMF adalah AS$800 juta. – MalaysiaGazette