fitnah haram
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Surau dan masjid pun tidak dibenarkan dibina sembarangan di tanah kerajaan atau milik awam walaupun di tanah sendiri.

Ia tertakluk kepada undang-undang dan keizinan kerajaan, kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menyentuh isu kuil di Kedah baru-baru ini.

“Saya terpanggil untuk mengulas isu melibatkan kenyataan sahabat saya MB Kedah dalam isu kuil.

“Isu yang dibangkitkan oleh beliau ialah isu undang-undang melibatkan pembinaan kuil di tanah yang digazetkan sebagai kawasan lapang di Taman Bersatu Kuala Kedah. Ia bukan isu halangan beragama atau isu perkauman,” katanya dalam kenyataan di media sosial hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Nerus dan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi itu, apa yang berlaku di Kedah bukan isu perobohan kuil.

“Sejarah Islam dan sejarah pentadbiran Pas dalam kerajaan tidak pernah merobohkan tempat ibadah bukan Islam di kawasan penempatan bukan Islam yang mengikut peraturan tanpa sebab kerana ia adalah hak beragama yang diberikan oleh Islam dengan syarat-syarat menurut perundangan,” katanya lagi.

Baru-baru ini kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor mengenai perobohan kuil menjadi isu sehingga menimbulkan perbalahan dengan pimpinan MIC.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Betul tu, sesiapa yang cuba mempolitikkan perkara ini haruslah dihadapkan kemahkamah! Janganlah ada pihak yang ambil kesempatan menyemai benci.

    Atau, mana2 yang masih tidak berpuas hati haruslah membawa perkara ini kemahkamah!

Comments are closed.