Datuk Rusdi Mohd Isa bertukar sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur baharu menggantikan penyandangnya Datuk Allaudeen Abdul Majid yang akan bersara wajib 1 April ini dalam pengumuman yang dikeluarkan oleh Bukit Aman hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu.

Beliau yang kini merupakan Timbalan Pengarah, Siasatan dan Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan bertukar ke jawatan nombor dua di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Sebelum ini, Rusdi pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur sebelum ditukarkan ke Bahagian D5 Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-Undang JSJ Bukit Aman memangku SAC.

Pada 3 Ogos 2021, Bukit Aman mengumumkan pertukaran beliau sebagai Timbalan Pengarah, Siasatan dan Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis.

Sementara itu, Senior Asisten Komisioner Mohamad Usuf Jan Mohamad dari Jabatan Siasatan Komersil Bukit Aman pula dilantik menggantikan ke jawatan yang bakal dikosongkan oleh Rusdi di JSJ Bukit Aman.

Mohamad Usuf kini menyandang jawatan Ketua Penolong Pengarah, (Siasatan) Jenayah Pemalsuan/ Pelaburan Bersindiket), di JSJK Bukit Aman.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin telah mengumumkan pelantikan kedua-dua pegawai itu dalam kenyataan pertukaran pegawai kanan PDRM pada hari ini.

Pertukaran kedua-dua pegawai kanan itu akan berkuatkuasa pada 7 Ogos ini.-MalaysiaGazette