Keadaan jalan raya yang dilitupi salji di Denver. foto Agensi

MIDWEST – Sekurang-kurangnya tujuh orang meninggal dunia disebabkan cuaca yang amat sejuk melanda di Midwest Amerika Syarikat.

Semua bandar-bandar itu ditutup susulan suhu -30 darjah celsius – lebih sejuk daripada bahagian Antartika dan utara Dakota yang bersuhu -37 darjah celsius.

Cuaca sejuk beku itu digelar ‘polar vortex’ bakal dialami oleh 250 juta penduduk di Amerika Syarikat manakala 90 juta lagi mengalami suhu -17 darjah celsius atau lebih rendah.

 

cold1
Cuaca di Chicago lebih sejuk dari Antartika. foto Agensi

Salji dijangka turun pada hari Rabu dari rantau Tasik Great ke New England sehingga 60 sentimeter, menurut ramalan cuaca di negeir Wisconsin dan 6in di Illinois.

Keadaan darurat diisytiharkan di Midwestern Winconsin, Michigan dan Illinois dan termasuk di negeri yang panas di Alabama dan Mississippi.

“Ini adalah satu sejarah,” kara Ricky Castro, dari meteorologi di Illinois.

Malah, meteorologi memberi amaran kemungkinan berlaku radang jika berada 10 minit di luar ekoran suhu yang terlampau sejuk.

Sehubungan itu, orang ramai diminta memakai pakaian yang sesuai dan diminta menjaga kesihatan.- MalaysiaGazette