Shafie Apdal Beri ‘AMARAN’ kepada Pemimpin PAS | EDISI MG 8mlm – 31 Ogos 2020

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan pemimpin politik, terutama Pas supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang melampau hingga boleh memecah-belahkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Ketua Menteri Sabah itu berkata, kenyataan bersifatkan perkauman bukan langkah yang harus dilakukan jika hendak melihat negara ini maju ke hadapan.