Siti Kasim

KUALA LUMPUR – Peguam Siti Zabedah Kasim melahirkan rasa gembira selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonannya untuk meneruskan saman sivil terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

‘Kegembiraan’ Siti sukar digambarkan apabila beliau kelihatan pada mulanya bersorak di hadapan dua peguamnya selepas keluar dari kamar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

“Terima kasih kepada peguam saya kerana bekerja keras membantu membebaskan saya. Saya gembira mempunyai kawan seperti ini.

“Saya sangat gembira dan berterima kasih banyak, mereka (JAWI) mahu membatalkan kes saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan JAWI untuk membatalkan saman sivil peguam hak asasi manusia itu.

Hakim Datuk Seri Latifah Mohd Tahar membenarkan saman sivil yang difailkan Siti terhadap JAWI diteruskan sementara menunggu keputusan perbicaraan jenayah yang berkaitan.

Siti mendakwa JAWI dan 18 lagi pihak lain membuat tangkapan secara salah dan penahanan yang tidak mengikut undang-undang semasa serbuan terhadap acara tertutup golongan transgender di sini.

Dalam penghakiman itu, mahkamah turut memerintahkan JAWI membayar kos sebanyak RM2,000 kepada Siti.

Siti juga menyifatkan kejayaannya mengetepikan permohonan JAWI itu sebagai satu permulaan dan prosiding jenayah kes berkenaan masih panjang.

“Kita akan lihat Disember ini bagaimana keputusan perbicaraan jenayah kes ini. Saya harap akan positif. ‘Pertempuran’ ini masih sangat panjang, ini satu-satunya permulaan, ia belum selesai.

“Kes polis saya akan keluar, ia dalam proses difailkan kerana serbuan di rumah saya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Serbuan ratu cantik transgender: Permohonan JAWI batal saman Siti Kasim ditolak

1 Komen

Comments are closed.