Home Ekonomi Splash saman Syabas tuntut hutang RM4.217b

Splash saman Syabas tuntut hutang RM4.217b

Kerajaan Pusat telah mengeluarkan dana serta mengambil alih liabiliti yang berjumlah RM25 bilion untuk aset-aset air negeri Selangor.

KUALA LUMPUR – Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd (Splash) memulakan prosiding undang-undang terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas) bagi menuntut hutang sebanyak RM4.217 bilion.

Gamuda Berhad dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Splash telah menghantar writ saman dan penyata tuntutan hutang yang belum dibayar oleh Syabas.

Splash adalah anak syarikat Gamuda melalui pemilikan sebanyak 40 peratus.

Dalam makluman itu, Syarikat itu turut menuntut faedah ke atas jumlah yang belum dibayar pada setiap invois pada kadar 1 peratus ditambah dengan kadar pinjaman asas Malayan Banking Bhd (Maybank), yang mana pada masa ini dikira 6.90 peratus setahun, setiap hari mulai dari tarikh invois tersebut perlu dibayar sehingga pembayaran penuh.

Gamuda berkata, saman itu tidak memberi impak kewangan dan operasi kumpulan itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2018. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. pengeluar air dengan pembekal air main saman menyaman pulak dah. tubuh syarikat untok cari wang .

Comments are closed.