Datuk Seri Yahaya Othman

KUANTAN – Seorang peniaga hanya menyedari dirinya tertipu dan terjebak dalam skim pelaburan tidak wujud setelah melakukan 25 transaksi pemindahan wang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa melakukan transaksi ke dalam tujuh akaun akan berbeza bagi mendapatkan keuntungan menerusi pelaburan bitcoin.

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang telah menerima laporan Polis dari Daerah Cameron Highlands berkenaan mangsa mengalami kerugian setelah terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

“Mangsa berumur 38 tahun telah berminat untuk menyertai satu Skim Pelaburan yang dikenali sebagai  Bit Coin melalui laman sosial WhatsApp pada 10 Januari lalu.

“Mangsa telah ditawarkan dengan pelaburan online Bit Coin telah berminat dengan tawaran tersebut dan telah membuat sebanyak RM70,822,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Justeru Yahaya menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud.

“Janganlah mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan,” katanya.

Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my  terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. – MalaysiaGazette