KUALA LUMPUR – Semalam berlangsungnya perlawanan bola sepak di antara skuad Malaysia Harimau Malaya dengan Vietnam merebut Piala AFF Suzuki 2018.

Dalam ribuan yang hadir ke Stadium Bukit Jalil semalam, sudah tentu selebriti tempatan ada yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menontonnya.

Begitu juga dengan Ummi Nazeera dan beberapa rakan artisnya yang lalin seperti Diana Daniel dan suami, dan Mawar bersama pasangan hidupnya.

Dalam perkongsian gambar bersama-sama rakannya, Ummi walaubagaimanapun menerima kritikan daripada netizen yang menggelar beliau sebagai ‘bangsa final’.

Bangsa final ini digunakan oleh netizen untuk memerli golongan yang hanya menunjukkan sokongan hanya di peringkat final semata-mata.

Malah kumpulan selebriti itu dituduh menerima tiket percuma daripada Yang Berhomat (YB) tanpa menyebut secara spesifik.

Namun nampaknya komen sebegitu tidak dibiarkan oleh pelakon kecil molek itu dengan menegaskan tiket untuk ke perlawanan itu didapati dengan beli secara manual juga tidak menggunakan ulat tiket mahupun tajaan.

“Sejak stage grouping lagi Ummi dan kawan sudah pergi ke stadium untuk sokong Harimau Malaya. Dan sejak itu ramai yang FITNAh kami ditaja oleh YB. Sedangkan kami guna duit kami sendiri. Setiap sen yang digunakan adalah dari TITIK Peluh kami. Alhamdulillah. Tak ada cable atau kroni terlibat. Saya ada bukti.

“Ramai yang tulis BANGSA FINAL di IG Ummi dan kawan-kawan Ummi. Tolong tengok post kami sebelum ni. Dan kalau betul pun ada yang datang untuk final sahaja, apa salahnya. Kan bagus kita sama-sama sokong Harimau Malaya yang mewakili Malaysia.

“Jangan busuk hati bila tengok orang lain dapat lebih. Kan dalam Islam kita diajar untuk doakan mereka yang dapat apa yang mereka mahukan. Dan malaikat ameenkan doa kita sambil mendoakan yang sama buat yang mendoakan,” katanya.

Selain itu, Ummi turut mendedahkan pengalamannya berurusan dengan penjaga tiket yang tidak mengoyakkan tiket ketika ingin memasuki stadium.

“Masa kami nak masuk. Adik yang bertugas ambil tiket kami dah bagi signal suruh masuk kami cakap “Eh tiket kami. Dia cakap tak pe masuk sahaja, kami yang tegas “Tolong dik kami mahu tiket kami balik barulah dia koyak,” kata Ummi berkongsi kisah menerusi Instagram.

Justeru Ummi berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan agar isu ulat tiket akan dapat ditangani. -MalaysiaGazette