PEKAN – Seramai 14,526 penduduk Pekan menerima vaksin sejak Mei lalu, atau 14.92% daripada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaaan (PICK) untuk daerah ini.

Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Nur Ili Aqilah Azzemi berkata, kesedaran terhadap kepentingan mengambil vaksin semakin meningkat dan pendaftaran menerusi aplikasi Mysejahtera menunjukkan kenaikan permohonan.

Katanya, dua Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) di bandar Pekan bermula operasi bermula 3 Mei lalu ialah di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah Majlis Daerah Pekan dan Dewan Teknologi Abdul Aziz IKM.

“Kehadiran vaksini semakin bertambah baik pada bulan Jun atas sebab kesedaran penduduk Pekan terhadap kepentingan vaksin.

“Sejumlah 48,814 yang telah mendaftar layak mendapatkan vaksin daripada jumlah populasi penduduk Pekan yang keseluruhannya berjumlah 125,900 orang,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Seramai 80 petugas KKM terdiri daripada Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan Bandar Pekan, Hospital Pekan, Klinik Pergigian terlibat dalam kerja-kerja di Pusat Pemberian Vaksin di Pekan

ARTIKEL BERKAITAN :

MGNews: Orang Asli Terlantar Teruja KKM Datang Pendalaman Cucuk Vaksin…

Suku Kaum Jakun Mula Divaksin di Kampung Orang Asli Gumum

Manakala petugas bukan perubatan turut dibantu oleh kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah, Muzium Pekan dan Pejabat Pertanian Daerah Pekan serta penglibatan beberapa pertubuhan sukarela.

Dalam pada itu, dua lagi lokasi PPV dibuka di Pekan melibatkan Dewan Semai Bakti Felda Chini 1 dan Balai JKKK Nenasi Pantai. – MalaysiaGazette